Kelab menggunakan lambang kereta nasional waja yang direkabentuk secara grafik. Kelab hanya menggunakan 2 warna sahaja iaitu putih dan merah. Warna putih yang menjadi warna asas lambang kelab menunjukan sifat keihklasan dikalangan ahli-ahli kelab dalam menangani segala perkara secara musyawarah.
Warna merah pada garisan yang membentuk jalur putus-putus menghala ke bonet depan kereta menunjukan bahawa pertubuhan ini memiliki semangat tabah dan berhati waja serta tidak mengenal erti kecewa dalam mengharungi segala dugaan berpersatuan. Sesuai dengan imej ‘waja’ itu sendiri, warna merah pada jalur tersebut yang diakhiri dengan tanda seperti anak panah, menunjukan setiap ahli mempunyai hala tuju yang satu iaitu untuk menaikan nama kereta proton waja di persada dunia.
Manakala teks ‘wajaclub’ di bawah lambang kereta tersebut adalah sebagai lambang penaung kelab dan menjadi tapak kepada keseluruhan lambang. Teks ‘WC’ pula menunjukan semangat gabungan setiakawan antara sesama ahli.