PERLEMBAGAAN

UNDANG-UNDANG BAGI

WAJACLUB
………………………………………………
(NAMA PENUH PERTUBUHAN)

FASAL 1
NAMA

(1)
Pertubuhan ini dikenali dengan nama : WAJACLUB
……………………………………………………………………...
(Nama dalam Bahasa Malaysia)
Selepas ini disebut “Pertubuhan”.


FASAL 2
TEMPAT URUSAN


(2)
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah :

NO.E1, (LOT KEDAI), RUMAH PANGSA SENAWANG, FASA 1, 70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
………………………………………………………………………...
(Alamat Lengkap)
atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa ; dan alamat untuk surat menyurat ialah:

NO.E1, (LOT KEDAI), RUMAH PANGSA SENAWANG, FASA 1, 70450 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


FASAL 3
BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
Pertubuhan menggunakan lambang kereta nasional waja yang direkabentuk secara grafik teknikal. Pertubuhan hanya menggunakan 2 warna sahaja iaitu putih dan merah. Warna putih membawa maksud keamanan dan keharmonian. Ia adalah sebagai lambang keihklasan ahli-ahli pertubuhan dalam menangani segala perkara secara musyawarah. Warna putih juga membawa makna setiap ahli pertubuhan ditanam dengan semangat bersih hati dari segala sifat khianat dan dengki sesama ahli.

Warna merah pada garisan yang membentuk jalur putus-putus menghala ke bonet depan kereta menunjukan bahawa pertubuhan ini memiliki semangat tabah dan berhati waja serta tidak mengenal erti kecewa dalam mengharungi segala dugaan berpersatuan. Sesuai dengan imej ‘waja’ itu sendiri, warna merah pada jalur tersebut yang diakhiri dengan tanda seperti anak panah, menunjukan setiap ahli mempunyai hala tuju yang satu iaitu untuk menaikan nama kereta proton waja di persada dunia.

Manakala teks ‘wajaclub’ di bawah lambang kereta tersebut adalah sebagai lambang penaung kelab dan menjadi dasar asas kepada keseluruhan lambang. Teks ‘WC’ pula menunjukan semangat gabungan setiakawan antara ahli.





FASAL 4
TUJUAN/MATLAMAT
Pertubuhan mempunyai matlamat utama dan agenda tersendiri yang bersifat kemasyarakatan dan patriotik.


1)      Tujuan utama pertubuhan ini ialah untuk menghimpun mereka yang menggunakan kereta nasional jenama Proton Waja tanpa mengira bangsa, agama, umur dan jantina untuk bernaung di bawah sebuah pertubuhan kelab kereta yang berdaftar secara sah dengan pendaftar pertubuhan Malaysia. 
2)      Untuk mengeratkan hubungan sesama pemilik kenderaan jenama proton waja di seluruh Negara. Dengan itu, pemilik proton waja dapat bertukar-tukar idea dan pandangan demi memartabatkan jenama kereta nasional tersebut sama ada di dalam Negara maupun di luar Negara.
3)      Dapat membina jalinan kerjasama antara ahli-ahli di lain-lain negeri seperti membantu ahli-ahli yang menghadapi masalah kerosakan kereta di kawasan-kawasan atau di negeri-negeri lain yang mempunyai ahli pertubuhan ini.
4)      Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua (rumah kebajikan masyarakat) secara berkumpulan. Dengan ini akan menerbitkan suasana kemeriahan terhadap golongan kurang bernasib baik tersebut.
5)      Mengadakan sambutan bulan kemerdekaan, tahun baru, majlis berbuka puasa, jamuan hari raya secara berkumpulan di bawah sebuah pertubuhan.
6)      Menyediakan kemudahan-kemudahan kepada ahli-ahli seperti bengkel membaiki kereta dan kedai eksesori yang dilantik menjadi panel pertubuhan. Memberi khidmat nasihat berkenaan hal-hal berkaitan kereta kepada ahli-ahli.
7)      Manganjurkan percutian tahunan sesama ahli sebagai satu acara riadah keluarga kerana melalui percutian tersebut, pertubuhan akan menganjurkan beberapa acara sukaneka berkonsep kekeluargaan.
8)      Menglibatkan diri dalam acara-acara autoshow sama ada diperingkat negeri, Negara dan antarabangsa atas nama pertubuhan.
9)      Menglibatkan diri dalam acara-acara anjuran kelab belia lainnya jika dijemput sama ada diperingkat negeri, Negara dan antarabangsa atas nama pertubuhan.
10)  Mengekang budaya lepak yang tidak berfaedah kerana pertubuhan ini menyediakan aktiviti-aktiviti sihat yang dijalankan dari semasa ke semasa.


FASAL 5
KEAHLIAN

(1)
Tiada sekatan keahlian dari segi umur, jantina, bangsa dan agama ditetapkan tetapi setiap ahli yang ingin menyertai pertubuhan hendaklah memiliki kenderaan jenama proton waja yang boleh saja didaftarkan atas nama selain daripada namanya sendiri seperti nama ahli keluarga.


(2)
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.



(3)
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.


(4)
Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti  tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.


FASAL 6
BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN


(1)
Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut: Bayaran masuk RM60.00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH SAHAJA)
                                                   (Diikuti dalam perkataan)
Yuran bulanan    RM10.00 (RINGGIT MALAYSIA SEPULUH SAHAJA)
                                                   (Diikuti dalam perkataan)


(2)
Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 15 hari dari awal tiap-tiap bulan.


(3)
Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.


(4)
Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.


20
 

(5)
Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.


(6)
Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.


FASAL 7
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1)
Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha  dan menjelaskan segala hutangnya.


(2)
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


FASAL 8
MESYUARAT AGUNG

(1)
Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.


(2)
Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.



(3)
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

(a)     menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
(b)    menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;
(c)     memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan
(d)    menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.


(4)
Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan.


(5)
Mesyuarat Agung Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:

(a)    bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau
(b)   atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.


(6)
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.


(7)
Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.


(8)
Fasal 8 (1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu
maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.


(9)
Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.


FASAL 9
JAWATANKUASA

(1)
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

Seorang Yang Dipertua
Seorang Naib Yang Dipertua
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa.


(2)
Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.


(3)
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.


(4)
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.



(5)
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.


(6)
Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:

(a)    Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.
(b)    Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c)    Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.


(7)
Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.


(8)
Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.


(9)
Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan pertubuhan.



(10)
Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.


FASAL 10
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

(1)
Yang Dipertua, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.


(2)
Naib Yang Dipertua hendaklah memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.


(3)
Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akuan dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.


(4)
Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.


(5)
Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Pertubuhan bersama-sama Yang Dipertua dan Setiausaha.



(6)
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.


FASAL 11
KEWANGAN

(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikutan dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.


(2)
Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM3,00.00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.


(3)
Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.


(4)
Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU ) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM5,000.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA RIBU ) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RIBU ) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha dan Bendahari.


(5)
Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.


(6)
Tahun kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

FASAL 12
PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1)
Dua orang yang bukannya Pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama satu tahun dan boleh dilantik semula.


(2)
Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Pertubuhan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira Pertubuhan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.


FASAL 13
PEMEGANG AMANAH

(1)
Tiga orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan . Semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).


(2)
Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau memindahkan hakmilik harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak mendapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung Pertubuhan.


(3)
Seseorang Pemegang Amanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugasnya atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pemecatan seseorang Pemegang Amanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pemegang Amanah yang baru yang dilantik di dalam mesyuarat agung.


FASAL 14
TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1)
Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.


(2)
Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

FASAL 15
PENASIHAT/PENAUNG

(1)
Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.


FASAL 16
LARANGAN

(1)
Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib;


(2)
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba halang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959;


(3)
Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;


(4)
“Faedah” seperti yang diterangkan di bawah seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.


FASAL 17
PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.


FASAL 18
PEMBUBARAN

(1)
Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.


(2)
Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3)
Kenyatan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.



KE MENU UTAMA