OBJEKTIF


· Untuk menghimpun mereka yang menggunakan kereta nasional jenama Proton Waja tanpa mengira bangsa, agama, umur dan jantina, bernaung di bawah sebuah Kelab kereta yang berdaftar secara sah dengan Pendaftar Pertubuhan. 

· Untuk bersama-sama mengadakan aktiviti lawatan ke rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua (rumah kebajikan masyarakat) secara berkumpulan sebagai salah satu program kemasyarakatan.

· Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kepada ahli-ahli kerana Kelab akan melantik beberapa bengkel membaiki kereta dan kedai eksesori sebagai panel Kelab.

· Untuk menyediakan faedah-faedah kepada ahli seperti skim insurent takaful berkelompok, skim khairat kematian, hadiah kelahiran cahaya mata, hadiah perkahwinan dan beberapa faedah lain yang masih dalam perancangan kelab.

· Untuk menganjurkan percutian tahunan Kelab sebagai satu acara percutian keluarga demi mengeratkan hubungan siraturahim sesama keluarga ahli.

· Untuk melibatkan diri dalam acara-acara autoshow atau program Kelab belia lainnya jika dijemput sama ada diperingkat negeri, Negara dan antarabangsa atas nama Kelab yang sah.

· Untuk mengekang budaya lepak yang tidak berfaedah kerana Kelab akan sentiasa menyediakan aktiviti-aktiviti sihat yang dijalankan dari semasa ke semasa.


KE MENU UTAMA